Jumaat, 28 Januari 2011

Kejohanan Merentas Desa dan Road Relay


Selasa, 25 Jan 2010 - Kejohanan Merentas Desa dan Road Relay Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah Tahun 2011 telah diadakan dengan disempurnakan oleh YDP PIBG, En Mohd Jackie bin Abdullah. Acara dimulakan dengan larian Merentas Desa sejauh 3km bagi pelajar lelaki dan 2.5km bagi pelajar perempuan, diikuti dengan acara larian Road Relay.
Dalam acara Road Relay, tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki Tingkatan 4, kategori lelaki Tingkatan 5 dan kategori perempuan. Pemenang tempat pertama hingga sepuluh lelaki/perempuan menerima hadiah manakala piala pusingan diberikan kepada Johan Lelaki, Johan Perempuan dan Johan Keseluruhan (Rumah Sukan).

Tiada ulasan:

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...