Jumaat, 12 Oktober 2012

 Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-55 

                                  
 
      
Khamis,16 Julai 2012 warga SMV Melaka Tengah telah melancarkan Majlis      Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang Ke-55 dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang, majlis tersebut telah dilancarkan oleh Tn Haji Harunrasid bin Mohd Yusof, GPK Hal Ehwal Murid SMVMT. Tema Hari Kemerdekaan 2012 ialah `55 Tahun Merdeka Janji Ditepati'.Antara aktivi yang dijalankan semasa pelancaran ialah , Nyayian lagu patriotik, Tayangan Video Kemerdekaan, Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Laungan `Merdeka' sebanyak 3 kali.

                                     
                                     
                                   
                                     
                                   

Isnin, 30 Julai 2012

Program Julai Bulan Membaca & ICT Tahun 2012

Program Julai Bulan Membaca & ICT Tahun 2012 anjuran Jawatankuasa Pembestarian SMVMT telah berlangsung sepanjang bulan Julai. Tema pada tahun ini ialah "Pendidikan Kreatif & Inovatif Teras Transformasi Minda". Objektifnya adalah untuk mendidik minda kreatif dan inovatif untuk kecemerlangan pelajar di samping untuk menanam minat membaca dan menghayati budaya membaca di kalangan para pelajar. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan penerokaan informasi melalui ICT serta untuk meningkatkan fungsi PSS sebagai sumber ilmu.

Selasa, 5 Jun 2012

Kalimah Berharga (Arab)

"La Tahzan, Innallaha Ma'anna"
"Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah ada bersama-sama dengan kita"

"Ukhibbukum Fillah Abadan Abada"
"Saya sayang kamu kerana Allah selama-lamanya"

"Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil"
"Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA sebaik-baik pelindung"


Aurat Wanita Yang Patut dijaga..



1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah
melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu
kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening - Petikan
dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam
hantu loceng
Dan janganlah mereka
(perempuan) membentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan - Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki
dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki terutamanya pada
mereka yang mengikatnya
dengan loceng?sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya
terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang - Petikan
dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan
dada-dada mereka - Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan
yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya -
Petikan dari Hadis Riwayat At-
Thabrani, Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah - Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu
dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil
sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah
menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh
baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja - Petikan
dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang
ditusuk dengan besi itu lebih
baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak
halal baginya - Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan
sebahagian dari
pemandangannya - Petikan dari
Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW,
Jangan sampai pandangan yang
satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya
haram - Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-
perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-
perkataan yang baik - Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan
ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam
bumi - Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...