Isnin, 9 Mei 2011

Lawatan Ke Pameran Buku Antarabangsa PWTC

Selasa, 26 April 2011 - Kelab Perpustakaan dan Pengawas ICT SM Vokasional Melaka Tengah telah mengadakan lawatan ke Pameran Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Lawatan ini disertai oleh 21 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring. Objektif lawatan ini adalah untuk melihat secara dekat tentang penerbit, karya penulis dan buku-buku yang dipamerkan. Di samping itu, perpustakaan juga membeli atau mengganti buku-buku yang hilang.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik

Jumaat, 22 April 2011 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 telah diadakan di Dewan Bunga Raya SM Vokasional Melaka Tengah bermula jam 9.00 pagi. Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada guru dan pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam keputusan SPM 2010. Majlis ini disempurnakan oleh Pn Normah binti Jantan, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Merlimau, Melaka.

Naib Johan Pertandingan Membina Laman Web

Jumaat, 6 Mei 2011 - SM Vokasional Melaka Tengah telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Membina Laman Web Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka anjuran Telekom Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Melaka, sempena Karnival Pendidikan Pendidikan Melaka 2011. Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sekolah menerima hadiah Sijil dan Notebook manakala setiap peserta menerima Sijil, Plak, Pendrive dan Wang Tunai RM100 setiap seorang. Pertandingan ini disertai oleh Pelajar Tingkatan 5EE1, Hasbullah bin Md Som, Mohd Mustakim bin Husain dan Baihaqi bin Mohd Yahya di bimbing oleh Pn Nor Faizah binti Anuar, Guru Penyelaras Laman Web dan Guru Penyelaras Bestari Sekolah.

Pertandingan Laman Web

Sempena Karnival Pendidikan 2011 yang akan diadakan pada bulan Mei 2011, Jabatan Pelajaran Melaka bersama Telekom Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Laman Web. Tiga orang pelajar telah mewakili SMVMT untuk menyertai pertandingan ini di bawah bimbingan GPB, Pn Nor Faizah binti Anuar. Laman Web telahpun siap dibina dan dimuat naik ke url http://sekolah33.tmmelaka.com.my dan penilaian sedang berlangsung sekarang. Seluruh warga SMVMT dijemput untuk sign ke Guestbook laman web tersebut sebagai tanda sokongan moral kepada usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pelajar kita.

Pemantauan Dari TM dan JPM





Rabu, 13 April 2011 - Pemantauan Pertandingan Laman Web Sempena Karnival Pendidikan 2011 Anjuran TM dan JPM yang dihadiri oleh 6 orang pegawai iaitu 3 pegawai dari TM Melaka dan 3 pegawai dari JPM telah datang ke SMV Melaka Tengah. Pemantauan ini adalah untuk melihat secara dekat bagaimana para peserta menyediakan laman web yang akan dipertandingkan tidak lama lagi.

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...