Rabu, 12 Januari 2011

Benarkah Ini Ayah?

Nama Penulis : Hasbullah

Senyuman wajah ayah terbayang dibenak ku. Aku memandang ke syiling, sambil teringat kenangan bersama ayah ketika aku kecil. Setiap kali wajah itu ku teringat, pasti mutiara jernih akan mengalir dari mataku. Ayah seorang yang gigih berusaha, berbagai-bagai dugaan yang ayah tempuhi untuk membesarkan kami 8 orang adik beradik. Di antara abang dan kakak ku yang lain, aku lah anak yang paling rapat dengan ayah.
“Acik-acik buka pintu, nana balik pukul hai satu……”. Nanyian lagu Tan Sri P. Ramlee sering dinyanikan oleh ayah untuk aku ketika aku kecil. Sewaktu itu ketika ayah membawa aku bersiar-siar dengan menaiki motosikal 70 suzuki yang berwarna biru ayah. Ayah selalu membuatkan aku terhibur dengan berbagai nyanyian lagu yang dinyanyi oleh ayah ketika bersiar-siar. Aku salah seorang anak ayah yang paling ayah sayang.
Ketika dirumah, aku selalu duduk dan berkongsi cerita bersama ayah. Ayah juga begitu, ayah sering cerita pengalam ayah ketika ayah masih remaja. “Ayah suka pergi memancing berumpankan belacan yang digaul bersama tepung gandum”. “Dapat ikan ke ayah??”. Riak wajah ayah tersenyum, “Ikan suka juga dengan belacan, sebab belacan kan udang yang dah kering”. “ohh”, baru la aku tahu yang belacan juga boleh di jadikan umpan juga. Tanpa aku sedari, aku telah dapat serba sedikit pengetahuan memancing. Selalu aku hanya menggunakan cacing sahaja untuk memancing.
Ayah memiliki kebun dan sawah. Selain itu ayah juga memelihara ayam dibelakang rumah. Banyak juga ayam yang ayah pelihara, lebih kurang dalam 20 ekor ke atas. Aku bangga memiliki ayah yang gigih, tabah dan rajin. Di kebun juga ayah banyak menanam nenas dan juga pokok pisang, tambahan juga ayah ada menanam pokok mangga, pokok kelapa dan juga pokok jambu botol. Ayah juga ada menanam tebu kuning, manis rasanya. Ketika aku berumur 4 hingga 6, ayah sering memberi aku makan tebu. Puas rasanya memakan tebu.
Ketika aku berumur 6 tahun, ayah selalu bawa aku ke sawah ketika musim menuai. Gembira rasanya. Banyak bangau putih berkaki panjang bermain didalam sawah ketika padi dituai menggunakan jentera berwarna kuning. Selain itu kelihatan beberapa orang menaiki jentera tersabut. Sesekali teringin juga ku nak menaiki jentera tersebut. Tetapi umurku dan sifat pemalu aku membuatkan aku takut nak naik.
Apabila raya puasa sudah hampir, ayah akan membawa aku melawat ke kubur arwah nenek ku. Aku lihat ayah membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepada arwah nenek. Sesudah ayah membaca surah Yassin, aku dan ayah akan membuang daun kering dan membersihkan daun dan ranting dari kubur nenek. Mesti arwah nenek bangga memiliki anak seperti ayah.
Tetapi kenangan itu sekarang tinggal lah kenangan.
Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila emak memanggil aku untuk melawat ayah di hospital. Kesian ayah, mesti ayah sukar untuk terima semua ini. Berbagai-bagai dugaan yang ayah perlu hadapi. Aku bersama abang Zul dan emak melawat ayah di hospital. Mak yang juga sakit tangan dan kaki kuatkan semangat untuk melawat ayah. Aku menolak kerusi roda yang dinaiki mak, kerana emak tidak mampu untuk berdiri lama.
***
Pada tahun 2002, ayah diserang penyakit angin ahmar (Stroke). Ketika itu aku berumur 8 tahun. Sesekali juga aku mula sedih dengan nasib ayah. Tapi ketika itu aku masih tak dapat faham perasaan ayah yang menanggung sakit, kerana ketika itu aku masih darjah 2. Aku sering mengekori along untuk membawa ayah pergi berubat secara tradisional. Berbagai-bagai cara kami sekeluarga usahakan. Tetapi tiada berhasil, akhirnya ayah dihantar ke hospital untuk berubat secara moden.
Ayah ditahan wad kerana angin ahmar (Stroke). Ayah kelihatan sedih ketika itu. “Abang sabar ea, nanti awak dah sembuh baru awak boleh balik tau”, mak memujuk ayah yang kelihatan sedih. Selama ayah di hospital, banyak ayam ayah mati. Tak tahu la, padahal setiap hari diberi makan. Cukup masa je pasti diberi makan. Mungkin ayam-ayam yang mati rindu pada tuan mereka. Seekor demi seekor mati satiap hari hingga la ayah pulang ke rumah.
***
Aku termenung disisi ayah yang sedang lena tidur.Pada malam itu berbagai soalan bermain diminda. Aku gelisah memikirkan masalah ini. Kerana hari persekolahan hampir tiba tidak lama lagi. “Bagaimana aku mahu hadapi hari-hariku tanpa ayah dirumah??”. Aku keluar dari wad ayah untuk bersiar dan tenangkan fikiran. Ketika aku bersiar-siar di luar hospital, aku langkahku terhenti dan aku mencari tempat duduk untul berehat.
“Fuh!!” aku menghembuskan nafas lega. Fikiranku menjadi tenang apabila anak mataku memandang tepat pada masjid negeri Melaka yang berhampiran dengan Hospital Besar Melak. Naluriku mula memikirkan perkara positif, mengapa situasi ayah begini. Aku tahu ada ramai lagi orang yang menghidap penyakit yang lebih teruk dari ayah. Ini la yang dinamakan dugaan. Setiap makhluk di dunia pasti memiliki masalah sendiri.
Kemudaian aku melangkah masuk ke dalam wad ayah. Aku lihat ayah sudah terjaga dari tidurnya. “Adik pergi mana??” soalan ayah ditujukan kepada aku. “Adik pergi jalan-jalan dekat luar tadi, dalam wad ni sejuk ”. Ayah menganguk faham. Kemudian ayah kembali melelapkan mata. Aku juga begitu. Setiap satu jam, aku tersedar dari tidurku kerana ayah memanggil nama ku untuk meminta makanan. Namun begitu aku tidak beri, kerana doctor telah berpesan kerana ayah diminta berpuasa selama satu malam kerana doctor mahu mengambil darah ayah pada keesokan harinya.
“Ayah sabar ea, esok pagi adik bagi ayah makan”. Aku faham perasaan ayah yang sudah kelaparan kerana petang itu ayah hanya makan sedikit sahaja kerana ayah sering tersedak. Muka ayah kelihatan sedih. “Bukan adik tak nak bagi, tetapi doctor dah pesan suruh ayah puasa. Ayah boleh minum air mineral je”. Ayah angguk faham, “bagi ayah air”. Lalu aku bangkit dan tuangkan air ke dalam cawan untuk diberi kepada ayah. Sedikit demi sedikit ayah teguk. Aku terlihat wajah ayah yang dalam kehausan. Kesian ayah.
***
Cemik muka ayah mula terpapar dari raut wajah ayah apabila kenangan pada empat tahun lalu mula aku cerita padanya. Ketika itu aku berumur dua belas tahun. Aku hanya suka tidur dua puluh empat jam, malam tidur, pagi tidur, petang tidur. Sehinggakan ayah mula rasa risau. “Kenapa adik nak tidur je ni? Kuatkan semangat, macam mane nak baik ni..” Tetapi aku ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Satu hari tu aku teringin untuk makan roti telur, lalu aku memberi tahu ayah. Dengan perasaan kasih sayang, pagi-pagi lagi ayah sudah mencari roti telur untuk diberikan kepada aku. Ayah tahu aku suka makan dengan banyak, oleh itu ayah membelikan aku roti sebanyak dua keeping. Tetapi hanya suku dari dua keeping roti itu yang aku usik. Ayah memohon aku menghabiskan kerana membazir itu amalan syaitan.
Ketika itu aku benar-benar rasa mengantuk, aku sedih sangat-sangat kerana aku tidak berdaya untuk menghabiskan roti itu lalu menghiburkan ayah. “Ayah habiskan tau, sayang je roti ni”, aku mengangguk agar meminta ayah supaya habiskan. Oleh sebab kasih sayangnya pada aku, ayah sanggup malakukan apa sahaja untuk aku. Ayah memaksa aku makan dan minum, tetapi aku tidak endahkan kerana fokus aku masa itu tidur. Badan ku seakan-akan diikat dari tempat tidurku.
Hari demi hari ayah menantikan aku bangkit dari tempat tidurku agar aku bermain diluar seperti orang lain yang aktif di luar rumah. Ayah sentiasa disisi aku ketika aku tidak sihat. Ayah selalu hiburkan aku dengan berbagai-bagai cara. Baru la aku sedar bahawa kasih ayah pada anak-anaknya sungguh besar.
Aku mengosok dada ayah dan meminta ayah tarik nafas untuk meredakan tangisannya. Aku faham perasaan ayah yang dalam keadaan seperti itu. Ayah tidak mampu bercakap seperti orang biasa, ayah tak mampu berdiri seperti orang biasa, ayah tidak mampu untuk menelan makanan seperti orang biasa dan ayah juga tak mampu menghiburkan aku lagi seperti aku kecil.
“Sabar ayah. Ini semua dugaan dari Allah”, ayah semakin sedih. Mungkin ayah masih belum boleh menerima hakikatnya. Aku kembali mengosok dadanya agar ayah tenang. Tangisan ayah ibarat seribu pisau yang menusuk ke tubuh aku. Aku hanya mampu menahan sebak apabila melihat keadaan ayah sebegitu rupa. Tambahan pula emak yang sedang mengalami sakit sendi di rumah.
Sungguh hebat dugaan yang Tuhan beri kepada aku dan semua adik beradik ku. Mujurlah kami sudah besar dan boleh menguruskan diri. Dugaan yang Tuhan berikan mengandungi pelbagai hikmah, mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan kami sesama adik-beradik dan mengingatkan kami kepada segala jasa ibu dan ayah sewaktu mendidik, mengajar dan membesarkan kami dengan penuh sabar dan tabah.
***
Ayah dibenarkan pulang pada petang ini. Perasaan ayah yang gembira mambuatkan wajahnya sedikit tersenyum. Mungkin ayah masih sukar untuk menerima takdirnya, “Kenapa ni ayah?? Tak nak la sedih-sedih lagi. Ayah kan dah boleh balik”. Ayah seperti tidak menghiraukan apa yang aku katakana. Sementara aku menunggu surat pengesahan dari doktor. Aku bersiar-siar buat kali terakhir di luar kawasan hospital.
Ramai yang sedang menggu diluar wad untuk menantikan waktu melawat, untuk melawat pesakit wad aras tiga. Aku meniju ke lif dan melangkah dengan berbagai harapan. Aku termenung, aku rindu pada suara ayah yang dulu sering berbual dengan aku sebelum aku tinggal di asrama. Jika dulu ayah sering berbual dengan ku. Tetapi sekarang ayah diam seribu bahasa, terasa sunyi sangat tanpa dihiburkan suara ayah yang jika duli memanggil namaku.
Jika dulu ayah mampu berjalan walaupun menggunakan tongkat, tetapi sekarang ayah insan yang lemah yang sering gelarkan dirinya sebagai orang cacat.
“Kenapa ayah ni??”, aku menegur ayah yang mengelarkan dirinya sebagai seorang yang cacat.
“Ayah dah tak boleh berjalan. Ayah tak macam orang lain yang mampu berdiri lama dan berlari” nada ayah sedih.
“Ayah masih boleh sembuh, ayah tak cacat”, setitik mutiara jernih ku menitis ke tanah.
Inikah sepatutnya ayah katakan ketika ayah dalam keadaan macam ni? Tiba-tiba aku tersedar dari khayalan. Aku terus menuju ke wad ayah dan menanti kehadiran abang Zul untuk membawa aku dan ayah pulang ke rumah selapas mendapat surat pengesahan.

***
Masuk tahun ini dah dua tahun kenangan itu berlalu. Ayah kini pulih dari angin ahmar. Syukur la. Dugaan berat dari tuhan akhirnya tamat juga, kini ayah mampu berjalan. Tetapi gaya jalan ayah masih lemah dan kini masih mendapatkan rawatan dari hospital. Kami sekeluarga sentiasa member ayah semangat agar terus berusaha untuk sembuh sepenuhnya, walaupun kami tahu agak sukar untuk ayah sembuh.
Ayah semakin bertenaga dan bersemangat dari sebelum ini. Ayah sekarang sudah dapat menerima takdirnya. Dan sekarang ayah mampu memegang cucunya, kini kami sekeluarga gembira. Aku juga bangga kerana dapat seorang ayah yang rajin berusaha dan gigih. Tak akan aku lupakan pahit getir ini. Terima Kasih ya Allah kerana menyembuhkan ayah ku dari sakitnya. Masih kusimpan puisi yang aku tulis ketika ayah terlantar di hospital.
Ayah....
Disaat aku menemani mu disudut katil mu,
Aku terkedu melihat dikau menangis,
Ayah...
Aku rindu pada suaramu,
Yang dulu memanggil namaku dan nama cucumu,
Ayah...
Ketika aku menemanimu,
Aku sentiasa menanti senyumanmu,
Agar menceriakan hari-hariku,
Ayah...
Usah la kau bersedih,
Aku disini akan menemanimu hingga akhir hayat ku,
Ayah...
Jangan kau tangisi nasibmu lagi,
Aku disini akan cuba memberimu semangat untuk terus hidup di muka bumi...
Ayah ku sayang...
Usah la ayah merasa risau,
Aku akan cuba bantu ayah untuk terus hidup.

Tiada ulasan:

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...