Khamis, 1 Julai 2010

Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa

Khamis, 20 Mei 2010

PBAKL atau disebut sebagai “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” adalah aktiviti tahunan bagi Negara kita Malaysia. Tahun 2010 merupakan tahun yang ke 29 pesta tersebut telah berlangsung. Ianya bermula pada tarikh 19 Mac 2010 dan berakhir sehingga 28 Mac 2010 selama 10 hari bertempat di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, pada 23 Mac 2010 seramai 3 orang guru PSS iaitu Pn Aizam, Pn Nik Nurashikin dan En Mohd Som, guru penasihat Kelab PSS iaitu Pn Hjh Habibah, Pn Salmah sebagai wakil guru bengkel dan 22 orang pengawas PSS telah berpeluang untuk mengunjungi pesta buku tersebut. Dengan objektif utamanya ialah pembelian buku banyak ditumpukan kepada membeli buku-buku teknikal sebagaimana budget yang telah diperuntukkan oleh Ketua Menteri Melaka semasa Majlis Perhimpunan Pagi Sekolah Bersama KMM baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...