Khamis, 1 Julai 2010

Lawatan Sambil Belajar PSS SMTMT

Pada hari khamis bertarikh 3hb Jun 2010 Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Kumpulan pelajar yang telah mengikuti lawatan ini adalah terdiri daripada pengawa-pengawas pusat sumber sekolah. Dalam program ini, pelajar telah dibawa melawat ke Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd. dan Perpustakaan Negara Malaysia. Slot pertama lawatan, pelajar telah dibawa melawat Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd.

Sepanjang lawatan ke Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd., pelajar telah diberi keterangan tentang bagaimana sesebuah majalah dan surat khabar dihasilkan. Rombongan juga bernasib baik kerana Datuk Hussamuddin bin Hj. Yaacub, pengasas bagi Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd. telah meluangkan masa untuk menyertai jamuan ringan pada akhir sesi lawatan. Slot kedua lawatan, pelajar telah dibawa melawat Perpustakaan Negara Malaysia. Sepanjang sesi lawatan di Perpustakaan Negara Malaysia, rombongan telah diberi taklimat ringkas mengenai pengurusan perpustakaan yang betul.

Tiada ulasan:

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...