Jumaat, 19 Ogos 2011

Julai Bulan Membaca

Sempena Julai Bulan Membaca peringkat kebangsaan berlangsung, pihak pusat sumber SMVMT juga telah menyambut seruan dengan mengadakan program tahunan iaitu “Julai Bulan Membaca 2011”. Program ini telah membuka tirainya dengan pelancaran rasmi pada 4 Julai 2011 di perhimpunan rasmi sekolah bersama pelancaran Bulan Teknologi dan Korporat. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Abdul Aziz b Hj Omar dengan gimik menandatangani banner. Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengingatkan tentang pentingnya menghayati objektif program yang dijalankan. Selain itu beliau mengharapkan para pelajar dapat membudayakan diri mereka dengan tabiat membaca di mana sahaja mereka berada. Majlis perasmian juga turut diserikan dengan tayangan video tentang pusat sumber sekolah dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Julai. Semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan di perhimpunan rasmi sekolah pada 8 Ogos 2011.

Tiada ulasan:

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...