Sabtu, 20 November 2010

Persaraan En Liau Sin Long dan En Abu Hassan Bin Amit

Pada tanggal 1 September 2010, semua warga SM Teknik Melaka Tengah merasa sedih kerana kehilangan seorang pendidik dan seorang staff SM Teknik Melaka Tengah yang telah banyak menabur bakti di sekolah ini. En Liau Sin Long telah berkhidmad sebagai seorang guru di SM Teknik Melaka Tengah pada tahun 1988, manakala En Abu Hassan Bin Amit telah berkhidmat sejak tahun 1986. Ketika En Liau Sin Long berkhidmat di SM Teknik Melaka Tengah, beliau telah dilantik menjadi ketua bengkel ABM pada tahun 2001, beliau juga telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000 dan 2003, seterusnya beliau pernah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada tahun 2009. Sepanjang perkhidmatan En Abu Hassan bin Amit pula, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996 dan 2009, seterusnya beliau telah berkhidmat dibawah pentadbiran 6 orang pengetua di SM Teknik Melaka Tengah. Sebagai tanda penghargaan di atas jasa-jasa mereka selama berkhidmat di SM Teknik Melaka Tengah, satu majlis perpisahan sempena persaraan mereka telah diadakan..

Tiada ulasan:

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...