Jumaat, 19 Ogos 2011

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Perpustakaan


Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Perpustakaan merupakan aktiviti tahunan dalam takwim perancangan Pusat Sumber Sekolah. Sasaran peserta kursus ialah pelajar tingkatan empat yang bakal dilantik sebagai calon pengawas PSS pada setiap tahun.

Pada tahun ini, pihak PSS telah berjaya melaksanakan kursus tersebut secara dalaman pada hari Sabtu 16 Julai 2011. Ianya telah dihadiri oleh pengawas percubaan PSS tingkatan 4 sesi 2011/2012 yang bertempat di Perpustakaan SMVMT.

Ucapan ribuan terima kasih ditujukan khas buat Tuan Pengetua Tn Hj Abd Aziz b Hj Omar, GPK 1, Tn Hj Roslan b Abd Aziz, GPK HEM, Tn Hj Harunarasid b Mohd Yusof, penceramah kursus, dan pengawas percubaan. Tidak juga dilupakan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Carta Organisasi Pengawas Pusat Sumber 2011



Julai Bulan Membaca

Sempena Julai Bulan Membaca peringkat kebangsaan berlangsung, pihak pusat sumber SMVMT juga telah menyambut seruan dengan mengadakan program tahunan iaitu “Julai Bulan Membaca 2011”. Program ini telah membuka tirainya dengan pelancaran rasmi pada 4 Julai 2011 di perhimpunan rasmi sekolah bersama pelancaran Bulan Teknologi dan Korporat. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Abdul Aziz b Hj Omar dengan gimik menandatangani banner. Dalam ucapan tuan pengetua, beliau mengingatkan tentang pentingnya menghayati objektif program yang dijalankan. Selain itu beliau mengharapkan para pelajar dapat membudayakan diri mereka dengan tabiat membaca di mana sahaja mereka berada. Majlis perasmian juga turut diserikan dengan tayangan video tentang pusat sumber sekolah dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Julai. Semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan di perhimpunan rasmi sekolah pada 8 Ogos 2011.

Jumaat, 17 Jun 2011

LDP - Amalan 5S

Selasa, 10 Mei 2011 - JK Induk Pembestarian dan PSS Sekolah telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk guru-guru PSS dan JK Pembestarian Sekolah. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang tanggungjawab masing-masing tentang amalan 5S; Persediaan terhadap pemantauan oleh pegawai-pegawai BTPN pada bulan Jun dan memberi pendedahan kepada JK baru tentang tatacara membuat pelupusan terutama sekali peralatan ICT. Kursus ini disampaikan oleh En Abd. Ghani bin Mohd Nor, S/Usaha JK 5S dan En Hamzah bin Zakaria, Pegawai Aset Sekolah.

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...