- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran asas komputer.
- Memberi latihan kepada pelajar tentang cara untuk format PC menggunakan perisian Windows XP Pro.
- Memasang perisian-perisian sampingan seperti MS Office, Antivirus.
- Memberi pendedahan tentang tips penjagaan & pengurusan PC.
Sabtu, 7 Ogos 2010
Kursus ICT Untuk Pelajar
Majlis Pelancaran Julai Bulan Membaca
Objektif Julai Bulan Membaca:
Pelbagai aktiviti dijalankan dan semua pelajar digalakkan menyertainya.
- Memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca.
- Menanam minat membaca bahan ilmiah di kalangan pelajar.
- Menggalakkan penerokaan informasi melalui ICT.
- Meningkatkan fungsi PSS sebagai sumber ilmu.
Ahad, 4 Julai 2010
Peraturan AM
- Pelajar mestilah beradab sopan dan senyap ketika berada di dalamperpustakaan supaya tidak mengganggu pengguna lain.
- Pelajar hendaklah bersedia untuk keluar daripada perpustakaan apabila loceng dibunyikan.
- Pelajar hendaklah membenarkan Pustakawan memeriksa buku-buku yang dibawa masuk dan keluar dari perpustakaan.
- Semua buku hendaklah diletakkan di tempat yang ditetapkan selepas digunakan.
- Majalah dan akhbar yang telah dibaca hendaklah disusun dan diletakkan di tempat yang ditetapkan.
- Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk buku teks atau buku rujukan sendiri kecuali nota dan alat tulis.
- Pelajar tidak dibenarkan membawa buku-buku di dalam perpustakaan ke Anjung Perpustakaan.
- Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.
- Menconteng atau merosakkan buku perpustakaan adalah dilarang sama sekali dan sesiapa yang melakukannya akan dikenakan tindakan tegas.
Khamis, 1 Julai 2010
Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa
Khamis, 20 Mei 2010PBAKL atau disebut sebagai “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” adalah aktiviti tahunan bagi Negara kita Malaysia. Tahun 2010 merupakan tahun yang ke 29 pesta tersebut telah berlangsung. Ianya bermula pada tarikh 19 Mac 2010 dan berakhir sehingga 28 Mac 2010 selama 10 hari bertempat di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan itu, pada 23 Mac 2010 seramai 3 orang guru PSS iaitu Pn Aizam, Pn Nik Nurashikin dan En Mohd Som, guru penasihat Kelab PSS iaitu Pn Hjh Habibah, Pn Salmah sebagai wakil guru bengkel dan 22 orang pengawas PSS telah berpeluang untuk mengunjungi pesta buku tersebut. Dengan objektif utamanya ialah pembelian buku banyak ditumpukan kepada membeli buku-buku teknikal sebagaimana budget yang telah diperuntukkan oleh Ketua Menteri Melaka semasa Majlis Perhimpunan Pagi Sekolah Bersama KMM baru-baru ini.

Langgan:
Catatan (Atom)