Isnin, 15 November 2010

Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Kecemerlangan telah diadakan di SM Teknik Melaka Tengah pada 24 September 2010, majlis ini telah diraikan oleh warga SM Teknik Melaka Tengah untuk menghargai jasa-jasa staff di SM Teknik Melaka Tengah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG. Hadiah anugerah telah disampaikan oleh YDP PIBG. Seterusnya majlis juga dihiburkan dengan persembahan dari pelajar SM Teknik Melaka Tengah.

Ahad, 14 November 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan

Tanggal 4 Oktober 2010, pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di Dewan Bunga Raya SM Teknik Melaka Tengah. Pada bulan Bahasa Kebangsaan ini diadakan, berbagai-bagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah Pertandingan Shahiba antara kelas untuk tingkatan 4, Pertandingan Teka Silang Kata untuk tingkatan 4 dan 5, dan Pertandingan Mengeja Tepat untuk tingkatan 5. Bulan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah pada 1 November 2010.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kursus ICT Untuk Pelajar

Sabtu, 10 Julai 2010 - Kursus ICT untuk pelajar SM Teknik Melaka Tengah akan diadakan di Makmal Komputer Autocad. Kursus yang dianjurkan oleh JK PSS dengan kerjasama JK Pembestarian Sekolah adalah sebahagian daripada aktiviti Bulan Sains & Teknologi dan Julai Bulan Membaca yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Objektif kursus ini adalah untuk:
  1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran asas komputer.
  2. Memberi latihan kepada pelajar tentang cara untuk format PC menggunakan perisian Windows XP Pro.
  3. Memasang perisian-perisian sampingan seperti MS Office, Antivirus.
  4. Memberi pendedahan tentang tips penjagaan & pengurusan PC.

Majlis Pelancaran Julai Bulan Membaca

Isnin, 5 Julai 2010 - Majlis Pelancaran Julai Bulan Membaca telah diadakan di Dewan Bunga Raya SM Teknik Melaka Tengah. Tema Julai Bulan Membaca ialah "Jadikan Membaca Budaya Kita".

Objektif Julai Bulan Membaca:
  1. Memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca.
  2. Menanam minat membaca bahan ilmiah di kalangan pelajar.
  3. Menggalakkan penerokaan informasi melalui ICT.
  4. Meningkatkan fungsi PSS sebagai sumber ilmu.
Pelbagai aktiviti dijalankan dan semua pelajar digalakkan menyertainya.

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...