Sabtu, 20 November 2010

Persaraan En Liau Sin Long dan En Abu Hassan Bin Amit

Pada tanggal 1 September 2010, semua warga SM Teknik Melaka Tengah merasa sedih kerana kehilangan seorang pendidik dan seorang staff SM Teknik Melaka Tengah yang telah banyak menabur bakti di sekolah ini. En Liau Sin Long telah berkhidmad sebagai seorang guru di SM Teknik Melaka Tengah pada tahun 1988, manakala En Abu Hassan Bin Amit telah berkhidmat sejak tahun 1986. Ketika En Liau Sin Long berkhidmat di SM Teknik Melaka Tengah, beliau telah dilantik menjadi ketua bengkel ABM pada tahun 2001, beliau juga telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000 dan 2003, seterusnya beliau pernah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada tahun 2009. Sepanjang perkhidmatan En Abu Hassan bin Amit pula, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996 dan 2009, seterusnya beliau telah berkhidmat dibawah pentadbiran 6 orang pengetua di SM Teknik Melaka Tengah. Sebagai tanda penghargaan di atas jasa-jasa mereka selama berkhidmat di SM Teknik Melaka Tengah, satu majlis perpisahan sempena persaraan mereka telah diadakan..

Isnin, 15 November 2010

Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Kecemerlangan telah diadakan di SM Teknik Melaka Tengah pada 24 September 2010, majlis ini telah diraikan oleh warga SM Teknik Melaka Tengah untuk menghargai jasa-jasa staff di SM Teknik Melaka Tengah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG. Hadiah anugerah telah disampaikan oleh YDP PIBG. Seterusnya majlis juga dihiburkan dengan persembahan dari pelajar SM Teknik Melaka Tengah.

Ahad, 14 November 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan

Tanggal 4 Oktober 2010, pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di Dewan Bunga Raya SM Teknik Melaka Tengah. Pada bulan Bahasa Kebangsaan ini diadakan, berbagai-bagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah Pertandingan Shahiba antara kelas untuk tingkatan 4, Pertandingan Teka Silang Kata untuk tingkatan 4 dan 5, dan Pertandingan Mengeja Tepat untuk tingkatan 5. Bulan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah pada 1 November 2010.

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...