Ahad, 4 Julai 2010

Peraturan AM

  • Pelajar mestilah beradab sopan dan senyap ketika berada di dalamperpustakaan supaya tidak mengganggu pengguna lain.
  • Pelajar hendaklah bersedia untuk keluar daripada perpustakaan apabila loceng dibunyikan.
  • Pelajar hendaklah membenarkan Pustakawan memeriksa buku-buku yang dibawa masuk dan keluar dari perpustakaan.
  • Semua buku hendaklah diletakkan di tempat yang ditetapkan selepas digunakan.
  • Majalah dan akhbar yang telah dibaca hendaklah disusun dan diletakkan di tempat yang ditetapkan.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk buku teks atau buku rujukan sendiri kecuali nota dan alat tulis.
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa buku-buku di dalam perpustakaan ke Anjung Perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam perpustakaan.
  • Menconteng atau merosakkan buku perpustakaan adalah dilarang sama sekali dan sesiapa yang melakukannya akan dikenakan tindakan tegas.

Khamis, 1 Julai 2010

Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa

Khamis, 20 Mei 2010

PBAKL atau disebut sebagai “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur” adalah aktiviti tahunan bagi Negara kita Malaysia. Tahun 2010 merupakan tahun yang ke 29 pesta tersebut telah berlangsung. Ianya bermula pada tarikh 19 Mac 2010 dan berakhir sehingga 28 Mac 2010 selama 10 hari bertempat di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, pada 23 Mac 2010 seramai 3 orang guru PSS iaitu Pn Aizam, Pn Nik Nurashikin dan En Mohd Som, guru penasihat Kelab PSS iaitu Pn Hjh Habibah, Pn Salmah sebagai wakil guru bengkel dan 22 orang pengawas PSS telah berpeluang untuk mengunjungi pesta buku tersebut. Dengan objektif utamanya ialah pembelian buku banyak ditumpukan kepada membeli buku-buku teknikal sebagaimana budget yang telah diperuntukkan oleh Ketua Menteri Melaka semasa Majlis Perhimpunan Pagi Sekolah Bersama KMM baru-baru ini.

Lawatan Sambil Belajar PSS SMTMT

Pada hari khamis bertarikh 3hb Jun 2010 Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Kumpulan pelajar yang telah mengikuti lawatan ini adalah terdiri daripada pengawa-pengawas pusat sumber sekolah. Dalam program ini, pelajar telah dibawa melawat ke Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd. dan Perpustakaan Negara Malaysia. Slot pertama lawatan, pelajar telah dibawa melawat Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd.

Sepanjang lawatan ke Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd., pelajar telah diberi keterangan tentang bagaimana sesebuah majalah dan surat khabar dihasilkan. Rombongan juga bernasib baik kerana Datuk Hussamuddin bin Hj. Yaacub, pengasas bagi Kumpulan Karang Kraf Sdn. Bhd. telah meluangkan masa untuk menyertai jamuan ringan pada akhir sesi lawatan. Slot kedua lawatan, pelajar telah dibawa melawat Perpustakaan Negara Malaysia. Sepanjang sesi lawatan di Perpustakaan Negara Malaysia, rombongan telah diberi taklimat ringkas mengenai pengurusan perpustakaan yang betul.

Rekod Perolehan Semasa

Bahan buku 2010
FM 2364
FI 1373
000 570
100 245
200 1334
300 882
400 1280
500 1992
600 1286
700 168
800 311
900 651
Rujukan
Redspot

Jumlah 15379

Instrumen

Buku Pengredan dan Penilaian Pusat Sumber Sekolah Negeri Melaka 2010 ini merupakan satu usaha untuk memebantu Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) dan semua jawatankuasa pusat sumber sekolah (PSS) membangunkan pusat sumber sekolah secara efektif mengikut piawai dan garis panduan pembangunan sebuah pusat sumber.

Jawatankuasa
Penghasilan Buku Penggredan dan Penilaian PSS

Majlis Pelantikan Pengawas PSS

Isnin, 18 Januari 2010 - Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber (PSS) Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah tahun 2010 telah diadakan dengan di Dewan Bunga Raya.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Sallehudin bin Haji Abd Rahman. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ACP atas kesudian beliau menyempurnakan majlis kami. Diharapkan pengawas-pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pengenalan



Kementeria
n Pelajaran Malaysia sememangnya menekankan tentang pembangunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) supaya berfungsi menjadi institusi ilmu yang berupaya menawarkan pelbagai perkhidmatan dan sebuah pusat maklumat dan mampu menyelaras program-program galakan membaca.

Mungkin Anda Mencari :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...